KL · Selangor · Putrajaya · Cyberjaya

Pakej perkahwinan lengkap & dewan kahwin KL & Selangor.

Hari istimewa anda, diurus dengan sepenuh perhatian.

Raikan majlis 2026/2027 bersama KHM Wedding. Pilih lokasi, bandingkan pakej kahwin termasuk dewan, katering, pelamin dan wedding coordinator mengikut keperluan keluarga anda.

15+ tahun pengalamanPilihan mengikut jumlah tetamuPengurusan menyeluruh
Servis pramusaji meja beradab KHM Wedding
Anda meraikan. Kami menyelaraskan.
DEWAN   /   KATERING   /   PELAMIN   /   FOTOGRAFI   /   EMCEE   /   WEDDING COORDINATOR
Kenali KHM Wedding

Wedding planner & katering. Satu pasukan untuk majlis anda.

KHM Wedding & Catering mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri perkahwinan, katering dan pengurusan acara. Kami membantu pasangan daripada perancangan awal sehingga hari majlis di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Cyberjaya.

Kami memberi perhatian kepada susunan majlis, kualiti hidangan dan koordinasi vendor supaya pasangan serta keluarga dapat menikmati hari istimewa dengan lebih tenang. Skop akhir pakej disesuaikan dengan dewan, jumlah tetamu dan keperluan anda.

Dewan perkahwinanKatering kahwinPelamin & dekorasiPA system & emceeFotografi perkahwinanWedding coordinator
Lihat profil KHM WeddingProfil KHM Wedding dan Catering
Poster utama pakej KHMPoster utama pakej kahwin lengkap KHM KL dan Selangor

Pilih skop yang anda perlukan

Pakej lengkap, katering
atau koordinasi majlis?

Mulakan dengan perkara yang sudah tersedia. Pilihan ini membantu anda membandingkan skop sebelum meminta harga pakej perkahwinan.

01 / DARI PERANCANGAN AWAL

Pakej kahwin termasuk dewan

Untuk pasangan yang sedang mencari dewan perkahwinan dan mahu menyelaraskan hidangan, pelamin serta perjalanan majlis dalam satu perbincangan.

  • Cadangan lokasi & pakej pilihan
  • Katering dan dekorasi mengikut skop
  • Koordinasi bersama vendor majlis
Bandingkan lokasi & dewan ↗
02 / SUDAH ADA LOKASI

Pakej katering kahwin

Untuk keluarga yang sudah mempunyai dewan atau ruang majlis. Bincangkan menu, buffet, hidang dome dan keperluan servis di lokasi pilihan.

  • Jumlah hidangan & pilihan menu
  • Pramusaji dan susunan buffet
  • Keperluan meja beradab & VIP
Bincang katering perkahwinan ↗
03 / VENDOR SUDAH DIPILIH

Wedding coordinator, emcee & PA

Untuk pasangan yang sudah memilih vendor dan memerlukan bantuan menyelaraskan atur cara, komunikasi vendor serta perjalanan hari majlis.

  • Perbincangan tentatif majlis
  • Semakan peranan & penyelarasan
  • Emcee dan PA mengikut tempahan
Bincang koordinasi majlis ↗

Skop, jumlah petugas dan item termasuk disahkan melalui sebut harga. Setiap venue dan pakej mempunyai ketetapan tersendiri.

Pilihan pakej 2026/2027

Pilih pakej perkahwinan
& dewan kahwin anda.

Bandingkan pilihan pakej kahwin lengkap Selangor dan Kuala Lumpur mengikut lokasi, jumlah tetamu serta konsep majlis. Buka poster untuk melihat butiran pakej.

16 pilihan lokasi dan dewan tersedia.

Harga permulaan ialah rujukan yang dipaparkan pada homepage semasa. Harga akhir, kandungan pakej, kapasiti dan kekosongan tertakluk kepada dewan, tarikh serta sebut harga terkini.

Pakej perkahwinan mengikut kawasan

Dekat dengan keluarga.
Sesuai untuk majlis anda.

Cari dewan kahwin Selangor atau wedding venue di KL dengan mengambil kira perjalanan tetamu, konsep dan keperluan ruang.

Pakej kahwin Semenyih

Bandingkan Sapphire Hall dan Amber Hall di Club 360 Setia EcoHill untuk perbincangan pakej buffet atau hidang dome set.

Club 360 Setia EcoHill ↗

Dewan kahwin Kajang & Bangi

Lihat pilihan sekitar Kajang dan Bangi. Padankan lokasi dengan keluarga kedua-dua pihak dan jumlah jemputan.

Pakej Kajang & Bangi ↗

Pakej perkahwinan Putrajaya

Terokai pilihan seperti Lamanz De Putra, Dewan MAKSAK dan lokasi sekitar Putrajaya melalui halaman pakej berkaitan.

Pilihan pakej Putrajaya ↗

Dewan perkahwinan Cyberjaya

Lihat pakej Luxury Gardens Hall di Third Avenue Cyberjaya dan bincangkan hidangan, dekorasi serta tarikh majlis.

Pakej kahwin Cyberjaya ↗

Pakej kahwin Kuala Lumpur

Semak IYC Cheras dan bincangkan pilihan dewan untuk keluarga sekitar Kuala Lumpur serta Lembah Klang.

Dewan IYC Cheras, KL ↗
Lihat semua pilihan pakej perkahwinan Selangor ↗
Bermula dengan jumlah jemputan

Pakej kahwin 100, 300,
500 atau 1,000 pax?

Mulakan dengan anggaran tetamu untuk memilih pakej kahwin 100, 300, 500 atau 1,000 pax. Jumlah hidangan, jumlah jemputan dan kapasiti kerusi serentak perlu dipadankan dengan cara majlis berlangsung.

100 pax

Nikah & intimate wedding

Untuk majlis akad nikah, intimate wedding atau mini reception. Lihat pilihan ruang Lantera dan bincang keperluan keluarga.

Bincang pakej 100 pax ↗

300 pax

Resepsi bersama keluarga

Bincang pakej kahwin 300 pax dengan pilihan dewan, katering dan penyelarasan majlis mengikut keperluan.

Bincang pakej 300 pax ↗

500 pax

Majlis resepsi

Cari pakej kahwin 500 pax? Bandingkan lokasi, menu, pelamin dan skop pengurusan sebelum memilih.

Bincang pakej 500 pax ↗

1,000 pax

Jemputan lebih ramai

Untuk pakej kahwin 1,000 pax, rancang aliran tetamu, tempoh majlis dan kapasiti dewan dengan lebih teliti.

Bincang pakej 1,000 pax ↗

Pilihan pax ialah asas pertanyaan, tertakluk kepada kapasiti, kekosongan serta syarat pakej setiap venue.

Sebelum memilih saiz dewan

500 jemputan
bukan semestinya
500 kerusi serentak.

Maklumkan sama ada tetamu hadir berperingkat atau dijemput duduk bersama. Ini mempengaruhi ruang, bilangan meja, servis hidangan dan perjalanan majlis.

Buffet & tetamu berperingkat

Semak jumlah hidangan, tempoh majlis, laluan buffet dan ruang menunggu. Pakej yang menyebut jumlah pax tidak semestinya menyediakan semua kerusi pada masa yang sama.

Dome set & tetamu duduk bersama

Semak tempat duduk serentak, bilangan tetamu setiap meja, masa menghidang dan susunan meja VIP. Pilihan hidang bergantung pada venue serta pakej.

Bandingkan skop dalam quotation

Minta senarai item termasuk, tempoh penggunaan ruang, caj tambahan, syarat tempahan dan jadual bayaran sebelum memilih pakej.

Dari pertanyaan hingga hari majlis

Langkah yang jelas.
Lebih mudah untuk bermula.

01

Kongsi rancangan anda

Beritahu tarikh, lokasi, jumlah tetamu dan anggaran bajet.

02

Padankan dewan & pakej

Bincang pilihan yang sesuai dan semak skop pakej melalui sebut harga.

03

Selaraskan hari majlis

Susun perjalanan acara dan keperluan vendor mengikut perkhidmatan yang dipersetujui.

KHM Wedding Planner Digital percuma
Hadiah untuk bakal pengantin

Rancang dengan tenang.
Planner digital percuma.

Urus bajet, senarai tugasan, vendor dan tetamu dalam satu planner digital yang mudah digunakan melalui telefon. Daftar untuk mendapatkan akses percuma daripada KHM Wedding.

Claim planner percuma ↗
Majlis sebenar · Pasukan sebenar

Daripada resepsi keluarga
hingga acara korporat.

Inspirasi majlis perkahwinan yang dikendalikan KHM Wedding & Catering di KL, Selangor dan Putrajaya — dirancang mengikut lokasi, jumlah tetamu, konsep dan keperluan pasangan.

Inspirasi Luxury Gardens Hall bersama KHM

Katering & pengurusan event

Selain perkahwinan, kami menyediakan katering untuk pertunangan, akad nikah, acara persendirian, seminar, pelancaran, jamuan syarikat dan majlis rasmi.

Skop korporat merangkumi katering, penyelarasan venue, PA & audio visual, pentas, emcee, dekorasi, event crew dan koordinasi acara.

Gala Dinner AEM ke-57

KHM Wedding & Catering bersama Zada Event Management terlibat dalam penyediaan katering dan sokongan pengurusan acara bagi Gala Dinner 57th ASEAN Economic Ministers’ Meeting and Related Meetings, pada 24 September 2025 di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur. Skop termasuk hidangan, buffet, VIP dining dan koordinasi servis untuk delegasi ASEAN.

Majlis Sambutan Aidilfitri PEKAP 2024 · IDCC Shah Alam

Menjunjung kasih Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Sultan Iskandar Al-Haj atas limpah perkenan berangkat mencemar duli ke majlis ini.

Portfolio video KHM

Lihat suasana majlis.
Kenali cara kami bekerja.

Tonton rakaman perkahwinan, katering dan pengurusan acara melalui saluran YouTube asal KHM. Gunakan portfolio ini sebagai rujukan ketika membincangkan konsep majlis anda.

Tonton portfolio video KHM WeddingBuka saluran YouTube asal ↗
Soalan sebelum bermula

Soalan tentang harga pakej
& pilihan dewan kahwin.

Apa yang termasuk dalam pakej lengkap?

Pilihan merangkumi dewan, katering, pelamin, PA system, emcee, fotografi dan coordinator. Kandungan sebenar bergantung pada pakej pilihan dan sebut harga yang dipersetujui.

Boleh buat majlis kecil atau katering sahaja?

Ya, KHM turut menyediakan katering 100 pax, pertunangan, akad nikah dan acara persendirian. Kongsi keperluan anda untuk cadangan yang sesuai.

Bagaimana hendak semak harga dan kekosongan?

Hantar tarikh, lokasi, jumlah tetamu dan bajet melalui WhatsApp. Pasukan kami akan membantu menyemak pilihan yang bersesuaian.

Berapakah harga pakej kahwin lengkap di KL dan Selangor?

Harga bergantung pada dewan, tarikh, jumlah tetamu, menu dan servis yang dipilih. Rujuk poster pakej dan hantar butiran majlis untuk sebut harga bertulis; semak item termasuk serta caj tambahan sebelum membuat keputusan.

Bagaimana memilih dewan kahwin Shah Alam, Putrajaya atau Bangi?

Mulakan dengan lokasi yang mudah untuk keluarga dan tetamu. Bandingkan kapasiti duduk serentak, parkir, surau, akses, susun atur serta skop pakej. Lihat pautan lokasi dan dewan di atas untuk pilihan KHM Wedding.

Ada pakej nikah dan intimate wedding 100 pax?

Anda boleh berbincang tentang majlis akad nikah, intimate wedding atau mini reception. Lantera Venue Shah Alam mempunyai pilihan ruang untuk majlis kecil; pakej dan jumlah tetamu bergantung pada ruang yang dipilih.

Apakah beza pakej katering kahwin dengan pakej perkahwinan termasuk dewan?

Pakej katering kahwin menumpukan hidangan dan servis makanan mengikut skop tempahan. Pakej termasuk dewan turut melibatkan ruang majlis, dengan pelamin, emcee, fotografi atau coordinator mengikut pakej. Semak senarai item dalam sebut harga untuk perbandingan yang tepat.

Bagaimana mendapatkan pakej perkahwinan mengikut bajet?

Kongsikan anggaran bajet, jumlah tetamu, kawasan dan tarikh. Bandingkan jumlah keseluruhan dalam sebut harga serta item termasuk seperti dewan, katering, dekorasi dan penyelarasan. Harga bagi jumlah pax yang sama boleh berbeza kerana skopnya berbeza.

Apakah perbezaan wedding planner dan wedding coordinator?

Wedding planner membantu pada peringkat perancangan mengikut skop perkhidmatan, manakala wedding coordinator menumpukan penyelarasan perjalanan majlis dan komunikasi vendor. Bincangkan bantuan yang diperlukan sebelum memilih pakej.

Ada pakej kahwin buffet dan dome set?

Pilihan buffet atau hidang dome set bergantung pada dewan dan pakej. Sahkan menu, jumlah hidangan, bilangan tetamu setiap meja, pramusaji dan tempat duduk serentak melalui quotation.

Adakah jumlah pax pakej sama dengan kapasiti dewan?

Tidak semestinya. Pax pakej lazimnya merujuk jumlah hidangan atau jemputan. Kapasiti kerusi serentak bergantung pada floor plan, pelamin, meja dan ruang servis. Maklumkan jika anda mahu semua tetamu duduk bersama.

Semak tarikh & dapatkan cadangan

Mulakan dengan
rancangan anda.

Beritahu kami lokasi, jumlah tetamu dan keutamaan keluarga. Pasukan KHM akan membantu menyemak pakej, menu dan pilihan dewan yang sesuai untuk dibincangkan.

+60 16-873 4032 ↗

Butiran pilihan dibuka sebagai draf WhatsApp untuk anda semak dan hantar. Semakan tarikh dan harga dibuat oleh pasukan KHM.

Belum pasti tarikh atau dewan?

Isi maklumat yang sudah ada. Anda masih boleh memulakan perbincangan dan meminta cadangan lokasi.

Semak pakej melalui WhatsApp ↗

WhatsApp · Semak tarikh ↗Paparan penuh poster pakej KHM Wedding