Pakej Katering dan Perkahwinan 2022-2023-2024

Pakej Katering dan Perkahwinan 2022-2023-2024 Menawarkan Harga Minimum 100 Pax – 1000 Pax untuk pakej perkahwinan lengkap 2018,2019 dan 2020.Harga pakej lengkap perkahwinan mampu milik di sediakan oleh Zada Event & Catering termasuk dewan di sediakan untuk pilihan anda. Majlis Dari Serba Sederhana Mampu Bayar Sehinggalah Ke Majlis Super Eksklusif Bergantung Kepada Kehendak Pelanggan. Kami Berpengalaman Menguruskan Ratusan Events, Pakej Katering dan Perkahwinan 2022-2023-2024 berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam pengurusan majlis perkahwinan.Pakej Katering dan Perkahwinan 2022-2023-2024

pakej lengkap perkahwinan 2022-2023-2024

Pakej Perkahwinan 2022,2023,2024 yang di sediakan,  Pakej Perkahwinan Murah, Pakej Mampu Milik, Pakej Bajet, Pakej All In One menjadi tatapan pilihan anda.

"Majlis Berjalan dengan lancar, Makanan yang di hidangakan memang sedap"

Dengan mengambil pakej lengkap perkahwinan 2022-2023-2024 dengan Zada Event memang mudah, pengurusan majlis yang teliti, team mereka yang sangat profesional dan hidangan sedap sangat. Saya hanya berikan apa yang nak dan mereka sediakan semua nya. Terima Kasih Zada Event.
chef yang jamil

Pakej lengkap perkahwinan 2022-2023-2024

Majlis Dari Serba Sederhana Mampu Bayar Sehinggalah Ke Majlis Super Eksklusif Bergantung Kepada Kehendak Pelanggan. Kami Berpengalaman Menguruskan Ratusan Events, Maka Tenanglah Anda, Kelancaran Majlis Penting Anda Berada Dalam Tangan-Tangan Profesional.Menawarkan Harga Minimum 100 Pax – 1000 Pax untuk pakej perkahwinan lengkap.Kami juga menyediakan Pakej Kahwin Lengkap Beserta DEWAN:

1. Dewan Berhawa Dingin
2. Set Pelamin
3. Set Baju Sanding 4. Dekorasi
5. Hidangan Makanan Beradap Pengantin
6. Meja & Kerusi Bersarung
7. Station Buffet Tetamu
8. Kemah / kanopi / canopy
9. EMC/DJ/PA-System
10. Pakej Fotografi & Videografi
11. Perunding Acara
12. Staf service memakai seragam
13. Meja Hadian / Meja Doorgift / Meja

Menyediakan pakej-pakej lengkap katering dan perkahwinan bermula 100pax,300pax,500pax,1000pax dan 2000pax. Pelbagai venue dan dewan di sediakan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur .Pakej Katering dan Perkahwinan 2020-2021-2022

Gallery Perkahwinan

Kami berpengalaman dalam merancang dan merangka majlis perkahwinan impian anda, dan ianya mengikut apa yang dicitakan oleh anda. Kami juga menyediakan pakej–pakej perkahwinan mengikut keperluan anda dari andaman, fotografi, katering hinggalah ke persiapan lengkap majlis perkahwinan.Pakej Katering dan Perkahwinan 2022-2023-2024

PERSEDIAAN SEBELUM KAHWIN
Jika anda bakal pengantin yang sedang membaca artikel ini, tentu sekali dada sedang berdegup kencang. Persediaan sebelum kahwin perlu sempurna dan persiapan mesti rapi. Sudah pasti, tiada 100% sempurna, namun setidak-tidaknya kita kena pastikan yang segalanya sudah disudahkan dengan baik.

Apa yang lebih penting, semoga majlis berjalan lancar dah diberkati. Amin..

1. PILIH TARIKH

Memilih tarikh ketika musim perayaan akan menyebabkan harga barangan menjadi mahal kerana permintaan yang tinggi. Jadi, para peniaga akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang sesuka hati. Nak tak nak kita terpaksa beli tetapi satu langkah pembelian yang tidak bijak. Barangan yang paling ketara sekali mahal jika musim perayaan ialah makanan seperti ayam, daging.

Selain musim perayaan, musim cuti sekolah juga menjadi kegemaran pasangan untuk memilih tarikh perkahwinan. Hal ini untuk memudahkan saudara mara, rakan dan taulan datang ke majlis mereka. Jika semua pasangan beranggapan begini, maka akan ramailah yang kahwin semasa cuti persekolahan.

Kesannya, akan berlaku peningkatan harga terutama dari segi upah mak andam dan sebagainya.

Seperkara lagi, jangan nak tarikh yang fancy-fancy sangat. Tidak perlu ikutkan kehendak sendiri. Lebih baik tanya ibu-bapa, hormati tarikh apa yang mereka mahu.

2. HADIRI KURSUS KAHWIN
Kursus kahwin adalah perkara wajib yang perlu dilaksanakan sebelum pasangan akad nikah dan sah menjadi suami isteri. Kursus kahwin penting kerana secara kasar setiap pasangan akan mengetahui dan memahami tanggungjawab isteri kepada suami begitu juga sebaliknya. Untuk membina rumah tangga yang bahagia bukan semudah memakan kacang, bukak dan telah, tetapi perlukan ilmu asas dan pengetahuan yang 80% akan diterina semasa kursus ini.

Bagi pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan tetapi mereka belum mengambil kursus itu, mereka perlulah mengambil kursus tersebut seelok-eloknya tiga bulan sebelum berlangsungnya majlis. Jika dia telah mengambil kursus itu 2 atau 3 tahun yang lepas, kalau boleh, anda perbahuruilah semula kursus anda supaya pengetahuan berkaitan perkahwinan akan lebih segar dalam ingatan.

3. MENEMPAH DEWAN, HOTEL, CATERING DAN LAIN-LAIN
Majlis yang berseri-seri dengan kehadiran ramai saudara mara dan rakan taulan, beserta makanan yang lazat adalah diidamkan setiap pasangan pengantin ditambah pula dengan keanggunan wajah dan baju pengantin yang cantik dipakai oleh mempelai adalah impian setiap pasangan. Masalah-masalah yanag berkaitan dewan, juru solek, juru gambar, katering yang datang saat-saat terakhir sangat ditakuti oleh pasangan dan juga keluarga mempelai.

Jadi sebelum ini terjadi, setiap pasangan perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan persediaan awal. Dewan perkara utama perlu ditempah selepas mendapat tarikh perkahwinan yang muktamad. Pastikan anda menempah dewan enam bulan awal sekiranya majlis itu di sambut di kawasan bandar. Hal ini untuk mengelakkan harga dewan menjadi mahal sekiranya anda membuat tempahan di saat-saat akhir sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan. Semasa membuat tempahan, pastikan anda telah mengetahui anggaran jumlah tetamu yang dijemput supaya pihak dewan boleh membuat perkiraan dan semuanya dapat diuruskan dengan lancar.

4. TEMPAH JURU NIKAH DAN ANDAMAN
Perkara ini juga tidak kurang pentingnya. Bagaimana hendak nikah jika tiada juru nikah? Bagi yang ada bapa dan boleh menikahkan anak tidak menjadi masalah. Tetapi bagi yang tiada, perlulah mengambil khidmat juru nikah. Juru nikah juga perlu diberitahu awal supaya jadualnya tidak bertindih dengan pasangan yang lain. Begitu juga dengan andaman. Pasangan dinasihatkan supaya memilih dan menempah butik andaman yang mereka minati enam bulan awal.

Pilihan untuk membuat tempahan perlu dikecilkan sedikit supaya anda tidak rambang mata dan tidak tahu untuk membuat keputusan. Tanya kepada keluarga atau kawan-kawan yang pernah menggunakan khidmat andaman yang ingin anda pilih. Jika layanan dan perkhidmatan yang diberikan sangat bagus, anda boleh memilih butik tersebut. Dalam membuat pilihan tema dan warna semasa majlis, anda perlu mementingkan pakej-pakej yang ditawarkan berbanding perkhidmatan secara berasingan.

Hal ini kerana, perkhidmatan secara berasingan dikatakan lebih mahal berbanding pakej yang disediakan. Kenalpasti tema pelamin yang anda inginkan terlebih dahulu. Jika sudah ada yang berkenan, barulah berbincang dengan pereka pelamin. Jangan mengambil masa yang lama untuk memikirkan tema kerana masa akan terbuang begitu sahaja.

5. TEMPAH KAD JEMPUTAN KAHWIN
Setelah tarikh dan tempat untuk melangsungkan persandingan telah ditetapkan, langkah seterusnya adalah menempah kad jemputan. Sebelum menempah, pastikan anda telah memilih tempat untuk membuat dan mencetak kad jemputan. Anda perlulah rajin untuk membuat pemilihan melalui internet tentang tema-tema terbaru dan terkini. Pastikan kad kahwin yang akan dibuat nanti tidak terlalu mahal, cukuplah ringkas dan yang penting maklumat di dalamnya boleh dibaca.

Antara isi kandungan kad jemputan yang perlu diletakkan ialah nama pengantin dan keluarga berserta nombor telefon supaya mudah tetamu hubungi. Alamat rumah jika bersanding di rumah, tetapi kalau di dewan atau hotel, perlu memberitahu alamat dan peta. Rekaan peta tempat majlis persandingan juga perlulah jelas dan mudah difahami. Selain itu, selitkan juga waktu jamuan makan dan persandingan. Bagi umat Islam, kad jemputan selalunya ada tertera doa untuk pasangan pengantin. Lagi baik jika anda turut meletaknya. Keberkatan dan doa semua tetamu sangat penting bagi kesejahteraan pengantin.

6. JALANI UJIAN HIV
Ujian saringan HIV perlu dilakukan sebelum pasangan mendirikan rumah tangga. Ujian ini penting dibuat untuk mengelakkan berlaku jangkitan kepada pasangan sekiranya terbukti pasangan itu pembawa HIV. Hal ini akan menjadi teruk dan parah lagi, jika anda tidak buat ujian saringan ini, dan pasangan pula pembawa HIV, ditakuti anak yang akan lahir turut mendapat HIV. Sebelum keadaan menjadi parah lebih baik kita cegah dahulu daripada terlambat. Mudah sahaja untuk melakukan ujian ini.

Jadi setiap pasangan perlu ke klinik kerajaan yang berdekatan, tanpa perlu temu janji kerana prosedur saringan ini ambil masa sekejap sahaja. Semasa di klinik, anda akan diberi borang untuk diisi, kemudian jari anda akan dicucuk untuk mendapat sampel darah. Setelah itu keputusan ujian akan diberitahu tanpa tunggu lama. Jadi jika ujian saringan ini membuktikan anda dan pasangan bebas dari jangkitan HIV, anda berdua boleh tersenyum panjang tanda bahagia.

7. DOKUMEN DAN BORANG PERKAHWINAN
Bagi setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga, perkara asas yang perlu dilakukan juga adalah mengisi borang-borang penting dan di hantar di Pejabat Agama sebelum bernikah. Antara borang yang wajib diisi ialah borang permohonan kebenaran perkahwinan bagi perempuan dan lelaki, borang akuan bujang, borang saksi, dan ada lagi beberapa boring lain bergantung kepada status diri pasangan. Maklumat borang boleh rujuk di sini.

Setelah semua borang dan maklumat yang diperlukan siap, dokumen tersebut perlulah dihantar ke bahagian Undang-undang Syariah Jabatan Agama. Semasa di sana nanti pasangan akan melalui sedikit sesi temu bual berkaitan tanggungjawab suami kepada isteri, dan tanggungjawab isteri kepada suami bersama pegawai agama. Cara ini selalu diamalkan di negeri Johor Bahru. Setiap negeri berbeza prosedur yang dikendalikan oleh Jabatan Agama tetapi sama dari segi keperluan yang asas dan wajib.

AKHIR KATA
Dalam melayari alam perkahwinan, setiap pasangan akan melalui pelbagai ujian dalam hidup. Jadi perlu diingatkan, kahwin bukan semudah yang disangka. Jika masih kurang ilmu di dada, perlu dalami lagi dan perlu bersedia fizikal dan mental.

Prosedur perkahwinan juga dikatakan semakin rumit. Hal ini kerana, sudah terlalu banyak kes kahwin lari, kahwin tanpa persetujuan perkahwinan, perkahwinan tidak berasaskan Islam dan banyak lagi. Jadi untuk mengelakkan perkara sebegini terjadi, prosedur yang teliti perlu dilakukan supaya tidak mendapat kesusahan di kemudian hari. Semoga artikel persediaan sebelum kahwin ini dapat memberikan manfaat.

Wallahualam.

Zada Event menyediakan lokasi majlis perkahwinan lengkap berserta dewan, ballroom, hall, banquet hall, event space, function room, banglo, villa, bungalow bermula pakej nikah 100pax dan 200pax serta pakej nikah sanding 300pax 500pax, 7000pax, 800pax, 1000pax, 1500pax hingga 2000pax.Pakej Perkahwinan 2022 – 2023 – 2024

Pakej Lengkap perkahwinan 2022-2022-2023

Untuk Maklumat Lanjut Hubungi : 016 8734 032